//Everyone Loves You
Tinggal kenangan :'/

Tuesday, 11 September 2012 @ 09:57 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum *lap air mata* 9/92012 tarikh yang amat menyedihkan buat aku dan juga kawan-kawan , sebab? Nor Shafiqah yang dikenali sebagai toncek telah pergi jauh dalam hidup kami sumua , aku sungguh tak menyanka bahawa dia akan meninggalkan kami semua bergitu cepat , Allah lebih menyayangi kau kan , dia taknak kau hidup terseksa dengan dugaan yang menimpa kau :'/

Petang tu aku baru balik dari saujana putra untuk pergi ke klang , tiba-tiba Fakhira call suara dia lain macam masa tu tetiba dia cakap "nanti bagi tau maz toncek dah takde" YaAllah sebegitu terkejutnya aku masa tu ,family aku semua pandang , tapi dalam masa tu juga aku takdapat nak mengalirkan air mata , sampai je dirumah kawan mama aku call maz tapi tak dapat-2, banyak kali aku try call tak dapat juga, line kat saujana tak elok , aku risau kalau dia takdapat tau berita tu . Masa tengah makan tetiba dayah call aku tersangat la sebak mendengar suara dia yang tengah nangis , aku rasa macam nak nangis je time tengah makan tu tapi aku tahan..

Aku rasa nak balik je masa tu , banyak kali aku tanya mama aku , aku takut aku tak sempat tengok arwah :'/ masa tu jugak ramai yang text aku cakap pasal toncek , itu membuatkan aku nak balik sangat-sangat . Then bila dalam perjalanan nak balik Putra ni , aku tak ingat mama cakap apa tapi yang aku ingat aku ada cakap kat mama 'akak ingat bila dia dah sihat nanti akak nak suruh mama buatkan dia kueh teow , tapi hajat akak tak kesampaian' masa tu juga dalam kereta aku terus menangis , itu lah makanan terakhir yang aku bagi sebelum puasa untuk dia 'kueh teow' itu makanana favorite dia :') ingat lagi dia pernah tolong aku masa oral hari tu , teman dia pergi koprasi bila dia sorang-sorang , dia pernah peluk tangan aku rasa terharu sangat masa tu .

Itu kali pertama dan terakhir yang pernah aku cium selama kita kenal walaupun tak rapat seperti bff kau yang lain . Masa aku cium kau sejuk , comel , muka kau pucat , orang kata kau senyum masa tu maaf aku tak perasan yang aku tau aku nak cium kau untuk kali terakhir, aku hanya mampu menahan air mata masa tu , lepas je aku cium kau , aku terus keluar aku dah tak mampu untuk menahan air mata aku taknak nangis depan kau , fyka dengan aderana datang peluk aku .

 Aku rindu kau toncek sangat merindui mu rindu gelak tawa , rindu suara comel kau , rindu bila kau minta aku makanan , rindu beg yang pernah kita rebutkan tu  masa kat ioi tapi aku yang dpat beg tu , beg kita sama cuma colour je lain kan ? Aku akan ingat semua kenangan yang pernah kita bina selama kita berkawan , aku takpernah pun bergambar dengan kau kan toncek ? sebab aku takut nak cakap yang aku nak bergambar dengan kau , takpe lah hanya gambar-2 yang penah aku snap selama 3 tahun ni akan aku simpan dan menjadi kenangan hingga akhir hayat ku :')

 from 3 : kenangan kita kat kelas orang kan toncek ? :')
 From 2 : masa ni kita raya rumah dayah , kan kan ?
 Beg tuu...!aku punya warna coklat kann beg aku yng kita rebutkan tu 
tapi kakak kau suruh amik yang tu :')
From1 : chubbynya kauu :') last day kann :)

Ya Allah , mengapa engkau mengambil nyawanya terlalu cepat ? Dugaan apa yang telah engkau berikan kepada kami? mengapa dia yang harus kau ambil ? Ya allah aku seolah-olah tidak dapat terima dengan ini semua tetapi aku terpaksa ankur dan redho yang pergi tetap pergi dan tak akan kembali . Setiap malam dan pagi Al-fatihah doa ku buatmu Shafiqah, semoga kau di tempatkan dikalangan orang yang beriman :') semoga kau bahagia disana :'D . Aku dah tak sanggup nak menaip lagi air mata aku dah mengalir ni *lap air mata* Kau kenangan yang terindah bagi ku :')




Older Post | Newer Post
The Disclaimer


Hello everybody, I'm Syahirah , sweet 15, BTW thanks for visited my blog nice to meet you, Do follow:D

Navigation

Diary About Stuff Them


Talking monster

Put your url cbox here !!width : "220"

The Credits

Template by : Aina Syaza
Basecode : Farisya
Images : We♥it
Full Edited : Syahirah♥?